Friday, January 11, 2013

Teknik Pengkulturan Moina Menggunakan Induk









1. Penyediaan Tangki Pengkulturan

-Penyediaan tangki pengkulturan amat penting bagi memastikan induk moina yang digunakan dapat membiak dengan aktif.Ini juga bertujuan bagi memastikan tangki pengkulturan terhindar dari pemangsa-pemangsa yang boleh menghapuskan bekalan moina.

-Penyediaan tangki terdiri daripada pencucian,pengeringan dan penjemuran

*pencucian-tangki yang kotor perlu dibersihkan dahulu bagi melancarkan pengkulturan moina.Ini bagi membersihkan tangki dari sisa kotoran yang ada.

*Pengeringan-langkah ini perlu bagi memastikan tangki yang digunakan bebas daripada pemangsa yang boleh menghapuskan populasi induk moina.

*Penjemuran-langkah ini juga penting bagi memastikan tangki yang digunakan bebas dari telur-telur pemangsa yang ada dan juga bertujuan menghapuskan bakteria-bakteria yang boleh menjejaskan bekalan.

2. Penyediaan Air Hijau

-Penyediaan air hijau amat penting kerana digunakan sebagai makanan utama moina. Terdapat phytoplantkon di dalam air hijau yang membekalkan makanan kepada moina tersebut.

-Air hijau yang berkualiti ialah air hijau yang tidak mempunyai keladak atau lumpur.

-Untuk menghasilkan bekalan air hijau yang berterusan, gunakan ikan keli atau tilapia di dalam satu bekas yang bersesuaian dan terdedah kepada matahari.

3.Masukkan Induk Moina

-Selepas selesai membersih tangki dan juga memasukkan air hijau, kini anda perlu memasukkan induk moina.

-Bekalan udara perlu diberi namum dalam kuantiti yang rendah.

4.Pembajaan dan Pemberian Makanan

-Selepas memasukkan induk moina, anda perlu membekalkan air hijau apabila warna air sudah bertukar cerah. Ini bagi mengekalkan kandungan makanan untuk moina tersebut.

-Pembajaan juga amat penting kerana ini boleh memberi hasil yang maksimum dalam pengkulturan ini. Antara baja yang boleh digunakan ialah

*tahi ayam kering
*Fishmeal@makanan ikan yang lama dan dikisar menjadi debu
*baja tumbuhan
*baja padi
*baja urea

5.Menuai Hasil

-Menuai hasil boleh dilakukan pada awal pagi atau lewat petang kerana ketika itu moina berada di permukaan air.








-Ini adalah kaedah yang dicipta rakan saya iaitu shahril shafinaz bagi menuai hasil bloodworm

-Keladak itu adalah sebagai 'perumah' bagi bloodworm.

-Jaring digunakan sebagai penapis dan membiarkan bloodworm yang mempunyai saiz yang kecil untuk melaluinya.




-Ini bagi mengasingkan bloodworm dan moina yang mempunyai saiz yang berbeza.










-ini adalah contoh perumah bagi bloodworm.









6.Baki yang digunakan selama seminggu




















7.Penghargaan



-terima kasih kepada

*Pusat Pengembanga Akuakultur Jitra kerana menyediakan fasiliti bagi saya mencuba teknik pengkulturan moina ini.

*Shahril Shafinaz bin Talib kerana membantu menuai hasil moina dan bloodworm dan mencipta kaedah menuai bloodworm

*dan tidak terlupa kepada semua yang memberi sokongan kepada saya



4 comments: