-Penyediaan tangki terdiri daripada
pencucian,pengeringan dan penjemuran
*pencucian-tangki yang kotor perlu dibersihkan
dahulu bagi melancarkan pengkulturan moina.Ini bagi membersihkan tangki dari
sisa kotoran yang ada.
*Pengeringan-langkah ini perlu bagi memastikan tangki yang digunakan bebas daripada pemangsa yang boleh menghapuskan populasi induk moina.
*Penjemuran-langkah ini juga penting bagi
memastikan tangki yang digunakan bebas dari telur-telur pemangsa yang ada dan
juga bertujuan menghapuskan bakteria-bakteria yang boleh menjejaskan bekalan.
2. Penyediaan Air Hijau
-Air hijau yang berkualiti ialah air hijau yang tidak mempunyai keladak atau lumpur.
-Untuk menghasilkan bekalan air hijau yang berterusan, gunakan ikan keli atau tilapia di dalam satu bekas yang bersesuaian dan terdedah kepada matahari.
3.Masukkan Induk Moina
-Selepas selesai membersih tangki dan juga memasukkan air hijau, kini anda perlu memasukkan induk moina.
-Bekalan udara perlu diberi namum dalam kuantiti yang rendah.
4.Pembajaan dan Pemberian Makanan
-Selepas memasukkan induk moina, anda perlu membekalkan air hijau apabila warna air sudah bertukar cerah. Ini bagi mengekalkan kandungan makanan untuk moina tersebut.
-Pembajaan juga amat penting kerana ini boleh memberi hasil yang maksimum dalam pengkulturan ini. Antara baja yang boleh digunakan ialah
*tahi ayam kering
*Fishmeal@makanan ikan yang lama dan dikisar menjadi debu
*baja tumbuhan
*baja padi
*baja urea
5.Menuai Hasil
-Menuai hasil boleh dilakukan pada awal pagi atau lewat petang kerana ketika itu moina berada di permukaan air.
-Ini adalah kaedah yang dicipta rakan saya iaitu shahril shafinaz bagi menuai hasil bloodworm
-Keladak itu adalah sebagai 'perumah' bagi bloodworm.
-Jaring digunakan sebagai penapis dan membiarkan bloodworm yang mempunyai saiz yang kecil untuk melaluinya.
-Ini bagi mengasingkan bloodworm dan moina yang mempunyai saiz yang berbeza.
-ini adalah contoh perumah bagi bloodworm.
6.Baki yang digunakan selama seminggu
7.Penghargaan
-terima
kasih kepada
*Pusat
Pengembanga Akuakultur Jitra kerana menyediakan fasiliti bagi saya mencuba
teknik pengkulturan moina ini.
*Shahril
Shafinaz bin Talib kerana membantu menuai hasil moina dan bloodworm dan
mencipta kaedah menuai bloodworm
*dan tidak terlupa kepada semua yang memberi sokongan kepada saya