Saturday, December 29, 2012

Teknik Pembiakan Ikan Laga


Teknik Pembiakan Betta

1-Penyediaan Induk
 -Induk yang sesuai ialah induk yang tidak mempunyai penyakit fizikal seperti luka,parasit di badan dan dll.
-Keadaan ikan juga perlulah aktif.
-Bagi melihat ikan jantan itu sudah bersedia ialah apabila terdapat buih-buih di dalam bekas.
-Bagi induk betina pula, apabila perutnya kelihatan kembung.

 
  
2-Penyediaan tangki
-Bagi penyediaan tangki pula, seelok-eloknya gunakan bekas yang sederhana besar bagi memberikan ruang kepada betta untuk mengawan.
-Letakkan cawan polisterine yang dipotong dua di atas air supaya induk jantan dapat membuat buih.
-Letakkan daun ketapang supaya pH air dan warna air berubah.
P/S : jangan letakkan batu-batu hiasan di dasar kerana menyukarkan induk jantan untuk proses mengutip telur.



3-Penyatuan Induk
-Induk  jantan dan betina akan diletakkan dalam bekas untuk proses mengawan, namun induk betina diasingkan dari induk jantan di dalam bekas yang lutsinar supaya proses suai kenal dapat dijalankan supaya mengurangkan sifat keagresifan induk jantan.
-Biarkan selama beberapa hari, dan lepaskan induk betina pada awal pagi seelok-eloknya 6pg-7pg.
-sebelum dilepaskan, induk diberi makan pellet yang mempunyai protein yang tinggi atau makanan hidup seperti jentik-jentik,nyamuk,moina ataupun bloodworm.
P/S : botol air bersaiz 1.5 liter dipotong separuh dan dijadikan kawasan untuk induk betina berkenalan dengan induk jantan.Bagi cawan polisterin pula untuk induk jantan membuat buih ataupun sarang.Kelihatan juga paip pvc bagi dijadikan tempat persembunyian induk betina jika sifat agresif induk jantan masih lagi tinggi.





4-Pengasingan Induk
-Induk betina akan diasingkan apabila proses mengawan selesai dijalankan.
-induk jantan pula selepas 24jam anak ikan menetas dan seelok-eloknya selepas fry ikan sudah mampu untuk berenang.

P/S : selepas dari proses mengawan seperti ini, anda boleh mengasingkan induk betina dahulu dan selepas satu hari anak ikan telah menetas, maka anda boleh mengeluarkan induk jantan pula.


5-Penjagaan Fry
-hari pertama hingga hari keempat tidak perlu diberi makan kerana eggyolk masih ada.
-hari ke-5 sehingga hari ke-21 fry diberi artemia yang ditapis dan dibilas.Ini bagi mengelakkan saliniti air berubah dan juga mengelakkan kuantiti sista artemia.Sista artemia boleh menyebabkan Swim Bladder Disease.
-Jika anda mempunyai bekalan moina@kutu air, maka pada umur fry hari ke-22, anda boleh mula memberi moina kepada fry. Jika tiada, anda boleh meneruskan diet artemia tapi perlu diingat bahawa kualiti air mesti dijaga.
-Selepas cukup umur fry 1.5 bulan, anda boleh mengajarnya pellet yang kecil.



6-Pesanan
-kualiti air perlu dijaga bagi mengelakkan fry dijangkiti penyakit.
-makanan fry perlu dijaga iaitu minimum 2 kali pemberian sehari.


15 comments:

  1. Replies
    1. Tak perlu bg makan. Masuk hari ke 4 baru bg makan. Live food. Umur 0-3 tuh dorang makan egg yolk mereka sdiri.

      Delete
  2. klu pallet yg ditumbuk halus blh Ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tapi tak sesuai Dan tak effective. Mereka perlu pembesaran dgn cepat Dan hanya dengan live food mcm artemia, kutu air, infusoria Dan sebagainya saja dapat memberi protein terbaik untuk mereka. Dan live food lebih menarik perhatian mereka untuk makan Dan tak cepat kotor air. Dn sesuai dgn saiz bukan mulut mereka. Kalau pellet ni okey tapi air cepat kotor. Dan protein tak tinggi ikan lambat besar. Dan perlu Di ingat anak ikan ni cepat terkesan pada persekitan. Air kotor ikan cepat dapat pnyakit Dan banyak mati. Paling kritikal adalah nak bela pada peringkat kecil ni la.

      Delete
  3. saya x berapa faham utk bg makan akak ikan tu?makanan apa yg paling mudah utk bg makan kat nak ikn bg beginner sprt sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling kritikal untuk jaga fry dari kecil ni la susah skit sbb perlu makanan hidup yg saiz sesuai dengan saiz mulut mereka. Biasa pakai artemia tapi kos sikit la. Dan satu lagi kutu air atau dikenali daphnia/moina. Boleh dapat sawah bendang atau lopak2 air tawar. Kalau xde jugak beli je dengan breeder atau kedai2 ikan hiasan biasa ade. Beli buat starter Dan kultur sendiri sbb cepat membiak Dan senang tak payah cari kat mana2 dah. Follow my ig betta d'raja

      Delete
  4. Asslam saya ada beberapa soalan seperti tertera dibawah ni:
    1 .Macammana nak bezakan ikan laga jantan atau betina sebab saya ada ikan laga 4 ekor 2ekor jantan 2ekor betina tapi yang betina tu ber
    Aga plak dwngan jantan macam mana ek
    2.Bolwh ke kalau nak mengawankan ikan laga guna bekas bulat.

    Kepada yang sesiapa yang balas reply saya saya ucapkan ribuan terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  5. Asslam saya ada beberapa soalan seperti tertera dibawah ni:
    1 .Macammana nak bezakan ikan laga jantan atau betina sebab saya ada ikan laga 4 ekor 2ekor jantan 2ekor betina tapi yang betina tu ber
    Aga plak dwngan jantan macam mana ek
    2.Bolwh ke kalau nak mengawankan ikan laga guna bekas bulat.

    Kepada yang sesiapa yang balas reply saya saya ucapkan ribuan terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  6. Asslam saya ada beberapa soalan seperti tertera dibawah ni:
    1 .Macammana nak bezakan ikan laga jantan atau betina sebab saya ada ikan laga 4 ekor 2ekor jantan 2ekor betina tapi yang betina tu ber
    Aga plak dwngan jantan macam mana ek
    2.Bolwh ke kalau nak mengawankan ikan laga guna bekas bulat.

    Kepada yang sesiapa yang balas reply saya saya ucapkan ribuan terima kasih banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan laga betina ada satu dot warna putih bawah perut. Dan kebiasaan jantan ekor die lebih kembar Dan cantik. Betina ekor biasa Dan perut besar. Xkisah bekas bentuk ape. Tp biar cukup ruang la untuk Induk berenang Dan untuk fry yang bakal menetas.

      Delete
  7. Assalamualaikum nak tya moina tu apa dan mcm mana nk dptkn moina tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejenis kutu air. Makanan hidup yg boleh Di dapat kat be dang sawah atau mana2 lopak air tawar. Ganti dengan artemia pon blh tapi kos sikit la. Dan perlu Di tetaskan dulu dengan air masin.

      Delete
  8. casino ncaa no deposit bonus codes 2021
    ⭐ Casino Bonus Codes 2021 · 1. Starburst 이천 출장안마 ⭐ No Deposit Bonus 당진 출장샵 Codes 2021 김해 출장안마 · 2. Jackpotjoy ⭐ Free Spins No Deposit 천안 출장샵 Code 속초 출장안마 2021 · 3. Mega Moolah ⭐ No Deposit Bonus

    ReplyDelete