Sunday, December 30, 2012

Daun Ketapang

Assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya akan menceritakan sedikit mengenai daun ketapang aka indian almond leaf.

Daun ketapang ini dipercayai berasal daripada Malaysia dan juga Indonesia. Mempunyai daun yang lebar dan mempunyai khasiat yang tersembunyi. Digunakan secara meluas dalam bidang akuakultur yng berskala kecil. Ini kerana daun ketapang mempunyai khasiat yang tersembunyi seperti

1) Dapat menstabilkan Ph air, namun jika digunakan secara berlebihan boleh memberikan kesan sampingan kepada ikan.

2) Menyerap bahan-bahan kimia di dalam air dan meneutralkannya.

3) Membunuh bakteria-bakteria yang mengancam ikan.

4) Mengelakkan serangan kulat pada ekor ikan.

5) Menyegarkan ikan




Ini adalah contoh daun ketapang yang sesuai dipakai.




Saturday, December 29, 2012

Teknik Pembiakan Ikan Laga


Teknik Pembiakan Betta

1-Penyediaan Induk
 -Induk yang sesuai ialah induk yang tidak mempunyai penyakit fizikal seperti luka,parasit di badan dan dll.
-Keadaan ikan juga perlulah aktif.
-Bagi melihat ikan jantan itu sudah bersedia ialah apabila terdapat buih-buih di dalam bekas.
-Bagi induk betina pula, apabila perutnya kelihatan kembung.

 
  
2-Penyediaan tangki
-Bagi penyediaan tangki pula, seelok-eloknya gunakan bekas yang sederhana besar bagi memberikan ruang kepada betta untuk mengawan.
-Letakkan cawan polisterine yang dipotong dua di atas air supaya induk jantan dapat membuat buih.
-Letakkan daun ketapang supaya pH air dan warna air berubah.
P/S : jangan letakkan batu-batu hiasan di dasar kerana menyukarkan induk jantan untuk proses mengutip telur.



3-Penyatuan Induk
-Induk  jantan dan betina akan diletakkan dalam bekas untuk proses mengawan, namun induk betina diasingkan dari induk jantan di dalam bekas yang lutsinar supaya proses suai kenal dapat dijalankan supaya mengurangkan sifat keagresifan induk jantan.
-Biarkan selama beberapa hari, dan lepaskan induk betina pada awal pagi seelok-eloknya 6pg-7pg.
-sebelum dilepaskan, induk diberi makan pellet yang mempunyai protein yang tinggi atau makanan hidup seperti jentik-jentik,nyamuk,moina ataupun bloodworm.
P/S : botol air bersaiz 1.5 liter dipotong separuh dan dijadikan kawasan untuk induk betina berkenalan dengan induk jantan.Bagi cawan polisterin pula untuk induk jantan membuat buih ataupun sarang.Kelihatan juga paip pvc bagi dijadikan tempat persembunyian induk betina jika sifat agresif induk jantan masih lagi tinggi.





4-Pengasingan Induk
-Induk betina akan diasingkan apabila proses mengawan selesai dijalankan.
-induk jantan pula selepas 24jam anak ikan menetas dan seelok-eloknya selepas fry ikan sudah mampu untuk berenang.

P/S : selepas dari proses mengawan seperti ini, anda boleh mengasingkan induk betina dahulu dan selepas satu hari anak ikan telah menetas, maka anda boleh mengeluarkan induk jantan pula.


5-Penjagaan Fry
-hari pertama hingga hari keempat tidak perlu diberi makan kerana eggyolk masih ada.
-hari ke-5 sehingga hari ke-21 fry diberi artemia yang ditapis dan dibilas.Ini bagi mengelakkan saliniti air berubah dan juga mengelakkan kuantiti sista artemia.Sista artemia boleh menyebabkan Swim Bladder Disease.
-Jika anda mempunyai bekalan moina@kutu air, maka pada umur fry hari ke-22, anda boleh mula memberi moina kepada fry. Jika tiada, anda boleh meneruskan diet artemia tapi perlu diingat bahawa kualiti air mesti dijaga.
-Selepas cukup umur fry 1.5 bulan, anda boleh mengajarnya pellet yang kecil.



6-Pesanan
-kualiti air perlu dijaga bagi mengelakkan fry dijangkiti penyakit.
-makanan fry perlu dijaga iaitu minimum 2 kali pemberian sehari.