Teknik Pembiakan Betta
1-Penyediaan Induk
-Induk yang sesuai
ialah induk yang tidak mempunyai penyakit fizikal seperti luka,parasit di badan
dan dll.
-Keadaan ikan juga perlulah aktif.
-Bagi melihat ikan jantan itu sudah bersedia ialah
apabila terdapat buih-buih di dalam bekas.
-Bagi induk betina pula, apabila perutnya kelihatan
kembung.
2-Penyediaan tangki
-Bagi
penyediaan tangki pula, seelok-eloknya gunakan bekas yang sederhana besar bagi
memberikan ruang kepada betta untuk mengawan.
-Letakkan
cawan polisterine yang dipotong dua di atas air supaya induk jantan dapat
membuat buih.
-Letakkan
daun ketapang supaya pH air dan warna air berubah.
P/S : jangan letakkan batu-batu
hiasan di dasar kerana menyukarkan induk jantan untuk proses mengutip telur.
3-Penyatuan Induk
-Induk jantan dan betina akan diletakkan dalam bekas
untuk proses mengawan, namun induk betina diasingkan dari induk jantan di dalam
bekas yang lutsinar supaya proses suai kenal dapat dijalankan supaya mengurangkan
sifat keagresifan induk jantan.
-Biarkan
selama beberapa hari, dan lepaskan induk betina pada awal pagi seelok-eloknya
6pg-7pg.
-sebelum
dilepaskan, induk diberi makan pellet yang mempunyai protein yang tinggi atau
makanan hidup seperti jentik-jentik,nyamuk,moina ataupun bloodworm.
P/S : botol air bersaiz 1.5 liter
dipotong separuh dan dijadikan kawasan untuk induk betina berkenalan dengan
induk jantan.Bagi cawan polisterin pula untuk induk jantan membuat buih ataupun
sarang.Kelihatan juga paip pvc bagi dijadikan tempat persembunyian induk betina
jika sifat agresif induk jantan masih lagi tinggi.
4-Pengasingan Induk
-Induk
betina akan diasingkan apabila proses mengawan selesai dijalankan.
-induk
jantan pula selepas 24jam anak ikan menetas dan seelok-eloknya selepas fry ikan
sudah mampu untuk berenang.
P/S : selepas dari proses mengawan seperti ini, anda boleh mengasingkan induk betina dahulu dan selepas satu hari anak ikan telah menetas, maka anda boleh mengeluarkan induk jantan pula.
5-Penjagaan Fry
-hari pertama hingga hari
keempat tidak perlu diberi makan kerana eggyolk masih ada.
-hari
ke-5 sehingga hari ke-21 fry diberi artemia yang ditapis dan dibilas.Ini bagi
mengelakkan saliniti air berubah dan juga mengelakkan kuantiti sista
artemia.Sista artemia boleh menyebabkan Swim Bladder Disease.
-Jika
anda mempunyai bekalan moina@kutu air, maka pada umur fry hari ke-22, anda
boleh mula memberi moina kepada fry. Jika tiada, anda boleh meneruskan diet
artemia tapi perlu diingat bahawa kualiti air mesti dijaga.
-Selepas
cukup umur fry 1.5 bulan, anda boleh mengajarnya pellet yang kecil.
6-Pesanan
-kualiti
air perlu dijaga bagi mengelakkan fry dijangkiti penyakit.
-makanan
fry perlu dijaga iaitu minimum 2 kali pemberian sehari.